Simpanan 26 Juta Pencarum KWSP Kini Dilaporkan Kurang RM1,000

Seramai 2.6 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaporkan memiliki simpanan RM1,000 dan ke bawah setakat Disember 2021.

simpanan 26 juta pencarum kwsp kini dilaporkan kurang rm1,000

Ia merupakan peningkatan sebanyak 86 peratus berbanding 1.4 juta pencarum pada April 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, ini menyebabkan mereka hanya mempunyai RM42 sebulan untuk dibelanjakan dalam tempoh 20 tahun selepas persaraan.

Lanjutnya, kira-kira 6.1 juta pencarum berusia kurang 55 tahun, yang mewakili sekitar 50 peratus daripada golongan tersebut, mempunyai simpanan RM10,000 dan ke bawah selepas persaraan.

“6.1 juta daripada pencarum mempunyai simpanan bawah RM10,000. Saya tidak tahu bagaimana untuk hidup dengan RM42 sebulan selama 20 tahun, ini tidak berdaya maju, itulah sebabnya KWSP terus bercakap tentang perkara ini simpanan di bawah RM1,000 untuk 2.6 juta orang.

“Ia naik 68 peratus daripada skim pengeluaran dan itu bukan jumlah yang kecil. Jika anda melihat ahli di bawah umur 55 tahun iaitu kira-kira 12 juta, 6.1 juta bermakna kira-kira separuh daripada keahlian dalam KWSP kini mempunyai (caruman) di bawah RM10,000. Itulah perkara yang membimbangkan,” jelas Amir Hamzah.

Menurut Amir, terdahulu, kira-kira 7.3 juta pencarum KWSP telah memohon atau mengeluarkan simpanan mereka menerusi skim i-Lestari, i-Sinar atau i-Citra dari April 2020 hingga Februari 2022.

Pengeluaran tersebut melibatkan pengeluaran dana kira-kira RM110 bilion.

Pengeluaran simpanan KWSP ketika pandemik COVID-19 turut menyebabkan kemerosotan kadar simpanan asas pencarum kepada kadar 10 tahun yang lepas.

 

Sumber: [1]