Sikit Je Lagi Nak Capai 90 Peratus Vaksinasi Lengkap Bagi Populasi Dewasa!

Sejumlah 19,753,742 individu bersamaan dengan 84.4 peratus daripada populasi dewasa dilaporkan telah selesai menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

sikit je lagi nak capai 90 peratus vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa!

Menerusi portal COVIDNow, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 93.9 peratus atau 21,968,698 daripada populasi dewasa telah memperoleh sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, bagi populasi keseluruhan pula, seramai 19,784,628 individu atau 60.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Turut tidak ketinggalan, sejumlah 30.886 atau 1.0 peratus daripada populasi remaja difahamkan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Sebanyak pertambahan 323,335 dos diberikan semalam melibatkan kedua-dua populasi itu.

Jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat yang dinyatakan pada ketika ini adalah 42,699,197 dos.

 

Sumber: [1]