Sifatkan Sebagai 'Kesilapan Manusia', Hospital Di Sydney Akui Salah Lapor 400 Kes Negatif

Gara-gara kesilapan yang tidak disifatkan sebagai ‘kesilapan manusia’ di sebuah hospital di Sydney, seramai 400 individu dimaklumkan bahawa hasil ujian saringan COVID-19 mereka negatif meskipun ia sebenarnya positif.

sifatkan sebagai 'kesilapan manusia', hospital di sydney akui salah lapor 400 kes negatif

Jelas Pengarah Perubatan Hospital St Vincent Prof Anthony Dodds pada Ahad lalu, insiden itu berlaku akibat ‘kesilapan manusia’.

Tambahnya, kesilapan berkaitan ujian yang dijalankan pada 22 dan 23 Disember itu sedang disiasat oleh pasukan tindak balas kecemasan.

Insiden tersebut berlaku New South Wales melaporkan rekod baharu kes harian COVID-19 iaitu sebanyak 6,394 pada Ahad meningkat dari 6,288 pada hari sebelumnya yang mana kadar kemasukan ke hospital di negeri itu turut melonjak.

 

Sumber: [1]