Andy Warhol, Bapa Gerakan Seni Pop

andy warhol, bapa gerakan seni pop

Seni pop atau pop art antara genre yang paling famous di dunia. Boleh dikatakan setiap pelusuk tempat ada je seni pop ni.

Tapi, korang tahu tak siapa penggerak awal seni pop ni?

Andy Warhol merupakan seorang artis prolifik yang sangat terkenal dengan seni pop. Beliau banyak menghasilkan seni berkonsepkan avant-garde dan sangat tinggi nilai komersial.

Pemilik nama Andrew Warhol dilahirkan pada 6 Ogos 1982 di Oakland. Bapanya merupakan seorang pekerja binaan manakala ibunya merupakan pengait. 

Warhol merupakan graduan graduan dalam jurusan Fine Arts. Kemudian, beliau berhijrah ke New York  untuk menjadi seorang artis komersial. Antara karya terkenal beliau adalah tin sup Campbell. Bermula dari situ namanya menjadi mekar.

Beliau banyak mernghasilkan potret selebriti terkenal dengan konsep pop. Kalau korang tengok, mesti korang tahu ini lukisan Andy Warhol. Sekarang ni pun, banyak je jenama pakaian yang kolaborasi dan menjadikan rekaan Andy Warhol sebagai elemen pada pakaian mereka.