Macam-macam cara yang dilakukan oleh pihak berkuasa Indonesia untuk memberi kesedaran akan bahayanya COVID-19 kepada rakyatnya.
Terbaru, menurut laporan CNN, mana-mana orang kampung yang berdegil tak nak pakai pelitup muka akan diarahkan untuk menggali kubur mangsa COVID-19. Mereka melakukan perkara tersebut dengan harapan untuk memberi kesedaran bahawa betapa pentingnya norma baharu yang perlu dipraktikan.
Tiga orang lelaki dewasa dan lima orang remaja di Jawa Barat telah diberikan denda unik tersebut pada 9 September yang lalu.
Walaupun kerajaan Indonesia telah mewajibkan pemakaian pelitup muka namun terdapat orang awam yang bertindak keras menentang perkara tersebut serta tidak mahu mengamalkan penjarakan fizikal.
Sumber: CNN