Jika Ikut Sejarah Itali vs Sepanyol, Siapa Layak Ke Final Euro 2020?

Separuh akhir UEFA Euro 2020 awal pagi nanti (7 Julai 2021) bakal menyaksikan pertemuan dua pasukan yang cukup handal iaitu Itali dan juga Sepanyol.

jika ikut sejarah itali vs sepanyol, siapa layak ke final euro 2020?

Kali terakhir dua pasukan ini bertemu adalah pada kelayakan Piala Dunia 2018 di Turin dengan jaringan seri 1-1, sebelum Sepanyol menumbangkan Itali 3-0 di kota Madrid.

jika ikut sejarah itali vs sepanyol, siapa layak ke final euro 2020?

Pusingan separuh akhir ini merupakan kali yang ke-4 rekod pertemuan Itali dan Sepanyol di peringkat kalah mati Euro, Pertemuan pertama Itali dan Sepanyol pada pusingan kalah mati Euro adalah pada Euro 2008, dimana Sepanyol ketika itu menang menerusi sepakan penalti.

 

Kemudian, Itali dan Sepanyol sekali lagi bertemu di final Euro 2012, yang juga dimenangi oleh Sepanyol dengan jaringan 4-0. Ketika itu, kedua-dua pasukan juga pernah bertemu pada peringkat kumpulan dengan jaringan seri 1-1.

 

Itali dan Sepanyol terakhir kali bertemu pada kumpulan 16 terbaik Euro 2016, dimana Giorgio Chiellini menyumbang satu gol  dan Itali menang 2-0.

 

Secara keseluruhan, Itali dan Sepanyol sudah bertemu sebanyak 37 kali, dan masing-masing meraih 9 dan 12 kemenangan dengan 12 lagi keputusan seri.

jika ikut sejarah itali vs sepanyol, siapa layak ke final euro 2020?

Pemenang daripada semi-final UEFA Euro 2020, Itali vs Sepanyol ini akan bertemu sama ada England atau Denmark di final. Jadi, siapa agaknya pilihan korang?

 

Inilah cara untuk korang dengar perlawanan terhebat UEFA EURO 2020 secara langsung di SYOK!

dengarkan uefa euro 2020 secara live di syok!

Muat turun aplikasi SYOK secara percuma di Google Playstore, Apple App Store dan Huawei App Gallery.

ARTIKEL BERKAITAN