Satu berita baik buat peminat tegar kumpulan K-pop legend, Shinee. Salah seorang daripada ahli tersebut iaitu Choi Minho kini sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan album solo pertamanya.
![shinee minho akan mengeluarkan album solo pertamanya selepas 14 tahun debut](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/img_1.jpg)
Laporan itu mendakwa bahawa album solo pertama Minho akan dikeluarkan pada pertengahan Disember ini, ini bermaksud albumnya ini dikeluarkan kira-kira setahun selepas pelancaran single digitalnya "Heartbreak" pada tahun lepas.
Ini akan menandakan keluaran album solo pertama Minho selepas 14 tahun debut bersama kumpulanya Shinee.
Sementara itu, Minho juga dijadualkan akan berjumpa dengan penonton tidak lama lagi dengan siri Netflixnya yang terbaru 'The Fabulous', yang ditayangkan pada hujung tahun ini.
Sumber: AllKpop