Shila Amzah Dedah Sudah Dua Bulan Tidak Tinggal Bersama Suami

Tiada angin tiada ribut, penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai apabila dia memaklumkan yang dirinya telah memfailkan perceraian dengan suami, Haris Idraki.

shila amzah dedah sudah dua bulan tidak tinggal bersama suami

Menerusi entri di terbaru di Instagram, Shila menjelaskan yang dia dan anaknya sudah dua bulan tinggal bersama kedua-dua ibu bapanya di Kuala Langat, Selangor.

“Dah dua bulan Sha keluar dari rumah dengan Seth, tumpang di rumah mak abah di Langat. Sha dah file cerai but unfortunately still on going process sebab dia decide nak memanjangkan benda ni,” tulisnya.

Lebih menambahkan kesedihan terhadap luka itu, Shila dan keluarganya turut menjadi mangsa banjir yang melanda sejak Jumaat lalu.

“Sekarang bila tengok rumah di Langat dah jadi macam ini. Rasa sedih sangat, sebelum ni tumpang berteduh kat rumah mak abah, tapi sekarang kita semua pula hilang tempat berteduh,” katanya.

Tambah Shila, dia tidak boleh pulang ke rumahnya di Cyberjaya kerana suaminya tinggal di sana dan mereka kini terpaksa menumpang di rumah saudara.

“Kasihan satu family Sha duduk dalam satu bilik buat sementara waktu. How I wish I can go back to my Cyberjaya house, bolehlah return the favour to my parents,” katanya.

Terdahulu, Shila dan Haris mengikat tali perkahwinan mereka pada 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais, 1.

 

Sumber: [1]