Shah Rukh Khan Digesa Ambil Tindakan Undang-Undang Susulan Tiada Bukti Kukuh Anak Terlibat Kes Dadah

Pelakon masyhur Bollywood, Shah Rukh Khan digesa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa selepas mahkamah memutuskan kekurangan bukti terhadap anaknya, Aryan dalam kes dadah.

shah rukh khan digesa ambil tindakan undang-undang susulan tiada bukti kukuh anak terlibat kes dadah

Pasukan undang-undang pelakon tersebut menggesa beliau untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengarah zon Biro Kawalan Narkotik, Sameer Wankhede.

Aryan menghabiskan lebih tiga minggu di penjara Arthur Road, Mumbai selepas Biro Kawalan Narkotik menahannya, Arbaz Marchant, dan Munmum pada 3 Oktober selepas serbuan di sebuah kapal pesiar di Mumbai membawa kepada rampasan dadah.

Ketiga-tiga mereka hanya dibenarkan diikat jamin pada 28 Oktober lalu.

Mahkamah Tinggi Bombay mengeluarkan perintah jaminan menyeluruh terhadap Aryan dan suspek lain dalam kes itu, termasuk Arbaaz Merchant dan Munmum Dhamecha pada 20 November.

“Hampir tiada ada bukti positif dalam rekod untuk meyakinkan mahkamah ini bahawa semua tertuduh dengan niat bersama bersetuju untuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang,” tulis kenyataan tersebut menurut Times of India.

“Hanya kerana Aryan Khan, Arbaaz Merchant, dan Munmum Dhamecha melakukan perjalanan dalam pelayaran yang sama, yang dengan sendirinya tidak boleh menjadi asas untuk tuduhan konspirasi terhadap mereka.”

 

Sumber: [1]