Wow, Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan dah jadikan rumah mereka di Delhi sebagai Airbnb. Lebih menarik lagi, hiasan dalaman rumah ini mendapat sentuhan isterinya yang merupakan seorang pereka dalaman.
Kalau korang perasan, Shah Rukh Khan ni selalu mendepakan tangannya dalam filem kan? So, pasangan ini dan Airbnb telah bergabung menjalankan kempen Home With Open Arms.
Buat masa ini, mereka memberi peluang kepada penduduk di India untuk merasakan hidup mewah di kediaman tersebut. Lepas habis COVID-19 ni, boleh lah kita pergi pula. Teringin juga nak rasa duduk dalam rumah Shah Rukh Khan.
Rumah tersebut terletak di kejiranan Panchsheel Park di Selatan Delhi. Walaupun keluarga ini dah berpindah ke Mumbai tapi rumah ini ada kenangan khas buat mereka. Di sini lah mereka membesarkan anak-anak dan rumah ini pastinya menjadi rumah persinggahan sekiranya mereka datang ke Delhi.