Mahkamah Muktamadkan Hukuman Penjara 18 Bulan Terhadap Seungri

Mahkamah Agung Korea Selatan telah mengesahkan hukuman penjara satu tahun enam bulan terhadap bekas anggota kumpulan K-Pop popular, BIGBANG.

mahkamah muktamadkan hukuman penjara 18 bulan terhadap seungri

Seungri dilaporkan bersalah atas semua sembilan pertuduhan termasuk pelanggaran Akta Hukuman Berat, Jenayah Ekonomi Khusus, dan Akta Sanitasi Makanan serta beberapa undang-undang lain.

Dari Disember 2015 hingga Januari tahun berikutnya, Seungri dituduh menjadi pengantara pelacuran beberapa kali untuk pelabur di Taiwan, Jepun, dan Hong Kong, serta membeli perkhidmatan pelacuran untuk dirinya sendiri atas tujuan menarik pelaburan untuk kelab dan perniagaan pelaburan kewangan.

Sebagai tambahan, dia turut menggelapkan 528 juta won daripada kelab Burning Sun dengan alasan untuk digunakan sebagai yuran penggunaan jenama Muzium Monyet, sebuah bar di Gangnam, selain 20 juta won dana syarikat Yuri Holdings dengan alasan bayaran peguam untuk pekerja.

Selain itu, Seungri juga didakwa kerana menggunakan kira-kira 2.2 bilion won untuk berjudi di kasino hotel di Las Vegas dari 2013 hingga 2017 dan kerana tidak melaporkan bahawa dia meminjamkan cip bernilai 1 juta dolar untuk dana perjudian.

Seungri juga telah didakwa mengugut seseorang dengan samseng melalui bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yoo In Suk selepas memaklumkan konflik yang berlaku dengan pelanggan lain semasa minum dengan kenalan di sebuah bar di Gangnam pada Disember 2015.

Walaupun Seungri sepatutnya dibebaskan pada September 2021, pembebasannya bagaimanapun telah ditangguhkan yang mana dia ditahan di penjara tentera.

Pada ketika ini, Seungri sedang dipindahkan ke penjara swasta yang mana dia akan menetap di situ sehingga Februari tahun depan untuk baki sembilan bulan hukumannya.


Sumber: [1]