Setelah Dijodohkan Dengan Ariel, Video BCL Dengan Reza Rahadian Pula Yang Viral?

Umum mengetahui bahawa penyanyi ternama Indonesia, iaitu Bunga Citra Lestari masih lagi memilih untuk bersendiri setelah pemergian suami tersayangnya, Allahyarham Ashraf Sinclair pada Februari 2020 lalu.

Namun, dalam tempoh selama satu tahun lebih tidak bersuami juga, penyanyi yang mesra disapa BCL ini sering kali dipasang-pasangkan oleh peminat dengan selebriti lelaki Indonesia lain.

Terdahulu, sebelum perginya Allahyarham Ashraf buat selama-lamanya, BCL sempat mengerjakan projek lagu “Menghapus Jejakmu” bersama Ariel NOAH.

setelah dijodohkan dengan ariel, video bcl dengan reza rahadian pula yang viral?

Baru-baru ini, kedua-dua penyanyi tersebut sekali lagi tampil bekerjasama dalam sebuah lagu yang berjudul “Mencari Cinta”.

Ternyata, keserasian yang dilihat antara BCL dan Ariel menerusi video muzik lagu terbaru itu begitu sampai kepada hati penonton sehingga membuatkan mereka rancak menjodoh-jodohkan pasangan duet tersebut.

Seperti yang diketahui ramai, Ariel juga telah menduda selama 13 tahun sejak bercerai dengan bekas pasangannya pada 2008.

Namun, dalam kerancakan tersebut, timbul pula satu video lama yang dimuat naik satu akaun gosip di Instagram.

setelah dijodohkan dengan ariel, video bcl dengan reza rahadian pula yang viral?

Video pendek itu memperlihatkan kemesraan antara BCL dan pelakon popular Indonesia, Reza Rahadian, yang mana kedua-dua mereka membintangi bersama filem box office Habibie & Ainun pada 2012.

Dahulunya, BCL juga pernah mengaku bahawa dia memiliki hubungan yang sangat akrab dengan Reza Rahadian namun tidak lebih daripada sekadar sahabat.

Reza juga malahan diketahui turut mengusung keranda jenazah Allahyarham Ashraf pada tahun lalu.

Walaubagaimanapun, golongan warganet tetap sahaja memberikan restu mereka terhadap hubungan akrab antara BCL bersama Reza dan turut mendoakan kebahagiaan mereka bersama sekiranya benar berjodoh.

 

 

 

Sumber: [1]