Servis Air Cond Sendiri Pakai Remote

servis aircond sendiri pakai remote

Air cond memang kena servis at least sekali setahun untuk mengekalkan ketahan dan kebersihannya. Tak la cepat rosak. Harga untuk servis air cond bukannya murah, so why not kita servis sendiri dengan hanya menggunakan remote. Senang je caranya !

  1. Set kan mode dari ‘cool’ ke mode ‘fan’. Kemudian tetapkan kelajuan kipas (fan) yang paling tinggi. Ini kerana ia mengeringkan kelembapan dalam unit air cond tersebut. Jadi ia membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat.
  2. Biarkan ia bergerak atau aktif selama 15 minit.
  3. Dan akhir sekali baru la matikan air cond

Banyak faeadah servis air cond seperti pengudaraan lebih bersih, lebih selesa, dapat jimat elektrik dan memanjangkan jangka hayat air cond tersebut. Saluran air juga boleh tersumbat jika air cond anda tidak diservis. Saluran yang tersumbat akan menyebabkan air menitis ke lantai.

Air cond yang kotor dan tidak pernah servis akan mencemarkan udara dan ianya tidak elok untuk kesihatan kita. Paling penting seisi keluarga selesa apabila air cond di rumah sejuk dan berada dalam keadaan yang baik. Sayangilah keluarga anda.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita