Sering Berada Di Kawasan Hospital, Akhirnya Kucing Ini Dilantik Sebagai Pengawal Keselamatan

sering berada di kawasan hospital, akhirnya kucing ini dilantik sebagai pengawal keselamatan

Sebut je pasal pengawal keselamatan mesti kita akan terbayang akan susuk tubuh yang tegap dan nampak garang kan?

Tapi, ada satu hospital di Australia ni telah melantik seekor kucing betompok putih oren sebagai pengawal keselamatan. Lebih cute lagi apabila kucing yang bernama Elwood itu mempunyai kad ID yang tersendiri dan disangkut pada lehernya.

Elwood telah berkeliaran di kawasan hospital lebih setahun. Pada awalnya mereka menyangka haiwan tersebut merupakan haiwan jalanan. Namun, Elwood hanya tinggal di seberang hospital. Pada waktu pagi dia akan pergi ke hospital seolah-olah berkerja di sana.

Sebab tu lah ada orang melantik Elwood ni sebagai salah seorang pasukan keselamatan. Comelnya!

Sumber: My Modern Met