Cabut Plug Untuk Cas Handphone, 1,000 Dos Vaksin Terpaksa Dibuang

Gara-gara mencabut plug peti sejuk yang menyimpan stok vaksin COVID-19, sebuah klinik kerajaan di Kyrgyzstan terpaksa membuang hampir 1,000 dos vaksin jenis Sputnik V buatan Rusia.

cabut plug untuk cas handphone, 1,000 dos vaksin terpaksa dibuang

Vaksin yang rosak itu merupakan sebahagian daripada 20,000 dos vaksin Sputnik V yang didermakan kepada Kyrgyzstan oleh Rusia.

 

Negara itu memulakan kempen vaksinasi pada Mac lalu menggunakan vaksin Sinopharm yang didermakan oleh China, namun orang ramai di Kyrgyzstan lebih berminat kepada vaksin buatan Rusia iaitu Sputnik V.

 

Ketika insiden itu teradi, seorang tukang cuci di klinik tersebut secara tidak sengaja mencabut plug peti ais yang menyimpan hampir 1,000 stok vaksin bagi mengecas telefon bimbitnya. Kejadian itu menyebabkan kementerian kesihatan negara itu dikritik kerana membazir stok vaksin sedia ada.

 

Sumber: Kosmo!