Sebenarnya ada sebab mengapa orang melarang bermain phone sewaktu turun tangga. Benda ni akan mengakibatkan kita hilang fokus dan keseimbangan badan tidak terkawal.
Buktinya, satu video telah tular akan seorang wanita yang asyik bermain telefon semasa menuruni tangga. Tiba-tiba sahaja dia telah jatuh tergolek sehingga bawah dan lebih menyakitkan apabila dia jatuh tersembam pada lantai.
Nasib baik lah waktu tu ramai orang dan ada orang yang menjaga. Jadi, pegawai yang menjaga stesen metro pun bergegas menghubungi ambulan untuk membawa wanita tersebut ke hospital.
Wanita itu dikatakan telah mengalami kecederaan pada wajahnya. Jadi, tak kira lah korang sehebat mana pun, jangan main telefon sewaktu turun tangga.
Sumber: Mothership SG