Seram, Buaya Berkeliaran Di Tengah Jalan Di Sabah Sampai Buat Panik!

Pernah tak korang terbayang melihat kelibat binatang liar seperti buaya berkeliaran di kawasan awam, lagi-lagi di tempat yang mana orang ramai berkerumun?

seram, buaya berkeliaran di tengah jalan di sabah sampai buat panik!

Itulah yang terjadi baru-baru di sebuah kampung di Papar, Sabah yang mana binatang tersebut ditemui berkeliaran di tengah jalan.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada jam 11.30 malam di Kampung Ngapas yang mana ia dirakamkan seorang lelaki yang berada berhampiran.

Dalam video yang berdurasi 15 saat itu, kelihatan seekor buaya sepanjang tiga meter berkeliaran di tengah jalan, diikuti perakam dari dalam kereta, dalam cuaca hujan.

Salah seorang saksi yang dikenali sebagai Richard L menjelaskan bahawa dia bertemu dengan lelaki lain ketika memeriksa keadaan sungai kerana takutkan hujan lebat yang melanda kawasan tersebut.

Pada mulanya, Richard menyangka kereta lelaki tersebut rosak.

Tetapi, lelaki itu memaklumkan bahawa dia terlihat buaya kira-kira 50 meter dari tempat mereka berdiri.

Mereka kemudian bertindak memeriksa lokasi dan melihat buaya yang dimaksudkan.

“Saya terkejut ketika melihat buaya itu benar-benar berada di jalan raya dan berjaya merakamkannya menggunakan telefon pintar pemilik kenderaan. Ini adalah kali pertama saya melihat buaya,” kata Richard ketika ditemu ramah media tempatan.

Dalam pada itu, Richard turut memuat naik video tersebut di media sosialnya sebagai peringatan kepada orag ramai supaya lebih berhati-hati ketika hujan, kerana kemungkinan terdapat buaya yang berkeliaran.

Dia juga mengatakan penduduk kampung sering turun ke sungai untuk kegiatan menangkap ikan.

Tetapi tiada yang pernah memberitahu tentang penemuan haiwan tersebut.

Bimbang, Richard kemudian melaporkan keberadaan haiwan itu kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) untuk membantu menangkap buaya berbahaya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN