Hampir Separuh Pengguna Android Berminat Guna iPhone Pula – Kajian

Meskipun peranti keluaran Apple iaitu iPhone adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan sebahagian besar telefon bimbit jenis Android, masih ramai yang mahu menggunakan peranti ini dan bilangannya semakin bertambah.

hampir separuh pengguna android berminat guna iphone pula – kajian

Ia disokong dengan fakta kajian yang menunjukkan hampir separuh iaitu 49% pengguna Android berminat untuk beralih ke iPhone.

 

Perkara ini berikutan ciri keselamatan dan privasi serta jangka hayat yang ditawarkan Apple adalah lebih baik jika dibandingkan dengan Android.

hampir separuh pengguna android berminat guna iphone pula – kajian

Selain itu, tinjauan mendapati rata-rata pengguna berasa selamat untuk menggunakan iPhone 13 Pro Max berbanding Samsung Galaxy S22 Ultra, meskipun spesifikasi kedua-dua telefon dilihat hampir sama.

 

Dalam kajian sama, sebanyak 33% pengguna Android mempertimbangkan untuk beralih ke iPhone disebabkan ciri baru yang bakal ditawarkan pada iOS 16. Antaranya seperti ciri Lockdown mode iaitu perlindungan pada tahap ekstrem untuk pemilik peranti iOS.

 

Sumber: VocketTech