Separuh Badan Mayat COVID-19 Mati Dirumah Dimakan Kucing

Menyedihkan apabila seorang pesara wanita yang meninggal dunia seorang diri di Madrid akibat COVID-19, ditemui dalam keadaan separuh badannya sudah dimakan kucing peliharaan.

separuh badan mayat covid-19 mati dirumah dimakan kucing

Menurut laporan, mayat wanita itu ditemui selepas polis menerima aduan daripada jiran-jiran yang menyatakan ada bau busuk kuat datang daripada flat di Madrid itu.

 

Hasil pemeriksaan polis menemui satu mayat wanita dengan bahagian atas badannya sudah dimakan oleh tujuh ekor kucing peliharaanya, dimana lima daripada kucing itu juga sudah ditemukan mati.

 

Polis yang menguruskan kes itu menggambarkan apa yang berlaku sebagai pengalaman paling buruk sepanjang kerjanya.

 

Dipercayai, wanita itu sudah meninggal akibat jangkitan COVID-19 sejak tiga bulan yang lalu. Mangsa tinggal sendirian sejak tahun 1996 dan semua ahli keluarganya yang lain sudah berpindah ke Colombia. Dua ekor kucing milik wanita itu yang masih hidup kini dihantar ke pusat pemulihan haiwan untuk penjagaan.

 

Insiden ini bukanlah pertama kali berlaku kerana sebelum ini seekor anjing ditemui masih hidup selepas tuannya meninggal dunia dengan memakan mayat tuannya pada tahun 2019.

 

Sumber: Metro UK