Setiap Empat Saat, Seorang Penduduk Dunia Mati Akibat Kebuluran

Masalah kebuluran di dunia ketika ini sekali lagi menjadi perhatian selepas satu kenyataan dikeluarkan oleh lebih 200 pertububuhan bukan kerajaan (NGO).

setiap empat saat, seorang penduduk dunia mati akibat kebuluran

Menurut kenyataan itu, secara purata setiap empat saat, seorang penduduk dunia akan meninggal dunia disebabkan kebuluran, sekaligus memerlukan langkah segera perlu diambil pada peringkat antarabangsa.

 

Surat terbuka yang diberikan kepada semua pemimpin dunia yang menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menyeru penyelesaian kepada tahap kebuluran global ketika ini.

 

“Setakat ini, kira-kira 345 juta orang di seluruh dunia berdepan kebuluran teruk, menyaksikan jumlah itu meningkat lebih dua kali ganda sejak 2019.

“Di sebalik jaminan serta janji dari para pemimpin dunia yang kononnya tidak akan membenarkan lagi kebuluran berterusan dalam abad 21, masalah itu sudah ‘kekal’ di Somalia.

“Di seluruh dunia, 50 juta penduduk berada di ambang kebuluran di 45 negara,” menurut surat tersebut.

setiap empat saat, seorang penduduk dunia mati akibat kebuluran

Menurut rekod, kira-kira 19,700 orang dicatatkan meninggal dunia setiap hari akibat kebuluran. Ia sama dengan kematian seorang penduduk dunia pada setiap empat saat.

 

Masalah kebuluran ini juga dikaitkan dengan ketidakadilan dalam hak asasi manusia, demikian menurut satu daripada NGO yang menandatangani surat berkenaan.

 

Tambah NGO itu lagi, krisis kebuluran global adalah disebabkan kemiskinan, ketidakadilan sosial, ketidaksamarataan jantina, konflik, perubahan iklim dan kejutan ekonomi.

 

Sumber: Utusan