Seorang ibu mendakwa bahawa beliau menemui cebisan pelitup muka di dalam nugget ayam yang dibelinya dari sebuah restoran makanan segera terkemuka.
Menurut laporan tabloid Mirror UK, Laura Arber membeli nugget tersebut untuk anak perempuannya. Bagaimanapun, selepas memakan nugget itu anaknya mula tercekik.
Selepas beliau memeriksa nugget yang dibeli, dua daripada 20 nuggets mengandungi cebisan pelitup muka.
“Saya melihat anak perempuan saya mula tercekik dan saya mula memasukkan jari ke dalam mulutnya. Saya cuba mengeluarkan apa yang tersekat dan terkejut apabila melihat sesuatu yang berwarna biru.” Ceritanya.
“Pelitup muka itu seperti dimasak bersama nugget tersebut dan anda boleh melihatnya dengan jelas sekali.” Tambahnya lagi.
Apa yang membuatkan wanita itu berang adalah setelah dia menghubungi pengurus restoran berkenaan, pengurus tersebut tidak memohon maaf. Malah dinyatakan bahawa nugget tersebut tidak di masak di situ.
Jadi, sebelum makan tu korang periksa lah dulu, ok?
Sumber: MIRROR