Ini Update Dari WhatsApp Yang Paling Dinantikan Ramai Orang

Aplikasi WhatsApp merupakan perkhidmatan mesej perisian percuma yang membolehkan kita berhubung dengan ramai orang di seluruh dunia.

ini update dari whatsapp yang paling dinantikan ramai orang

Sejak pelancarannya pada September 2009, aplikasi itu mula mendapat pelbagai bentuk kemaskini sehinggalah ia menjadi aplikasi pemesejan paling popular di dunia dengan mempunyai lebih satu setengah bilion pengguna.

.

Aplikasi yang diambil alih oleh syarikat Meta itu bakal memperkenalkan beberapa ciri dan update terbaharu kepada penggunanya dalam masa terdekat.

.

Antaranya adalah mod sembunyi dimana pengguna boleh menyembunyikan status online kepada kenalan di WhatsApp.

ini update dari whatsapp yang paling dinantikan ramai orang

Selain itu, pengguna juga akan diberikan update untuk balas mesej orang lain menggunakan lebih banyak emoji, berbanding hanya enam emoji yang telah ditetapkan ketika ini.

.

Paling menarik, pengguna juga akan diberikan ciri untuk keluar daripada kumpulan WhatsApp tanpa memberikan notifikasi kepada ahli lain. Ciri ini paling dinantikan ramai bagi memudahkan pengguna untuk keluar daripada mana-mana kumpulan, namun dalam masa sama mahu menjaga hati ahli kumpulan lain.

.

Berikut ialah beberapa perubahan akan datang yang sedang dibangunkan sekarang.

 

  1. Mesej reaksi menggunakan mana-mana emoji
  2. Avatar tersuai yang boleh anda gunakan semasa membuat panggilan video
  3. Keupayaan untuk memadam mesej untuk semua orang dalam masa 2 hari, 12 jam
  4. "Mod sembunyi" yang menyembunyikan status dalam talian anda
  5. Menu konteks yang direka bentuk semula pada Windows
  6. Keupayaan untuk keluar dari kumpulan secara senyap
  7. Alat untuk kaburkan media seperti foto pada Desktop WhatsApp
  8. Merancang editor ikon kumpulan pada Desktop WhatsApp

ini update dari whatsapp yang paling dinantikan ramai orang

Bagaimanapun masih belum ada tarikh rasmi pelancaran ciri-ciri diatas dan hanya tersedia ketika ini buat pengguna Beta.

.

Sumber: [1]