Ini Senarai Drama, Filem & Program Terhangat Korea di Astro Sepanjang Jun 2022

Khas buat peminat drama, filem dan program Korea!

.

Bulan Jun ini, anda boleh menonton lebih banyak drama, filem dan program terhangat Korea termasuk aksi, romantik, komedi, misteri, drama kekeluargaan, muzikal dan lagi!

ini senarai drama, filem & program terhangat korea di astro sepanjang jun 2022

Semua ini anda boleh nikmati menerusi Astro melalui tvN (Saluran 395 HD), ONE (Saluran 393 HD), K-Plus (Saluran 396 HD), dan tvN Movies (Saluran 415 HD).

.

Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan pada bila-bila masa, di mana sahaja menerusi On Demand dan Astro GO.

.

Peminat boleh menyaksikan tayangan perdana drama dan filem Korea, termasuk:

  • Drama romantik Eve, ditayangkan 24 jam selepas Korea, menampilkan Seo Yea-ji, Park Byung-eun, Lee Sang-yeob, Yoo-sun, bermula 2 Jun, di tvN (Saluran 395 HD).
  • Drama komedi dan jenayah Cleaning Up, ditayangkan 24 jam selepas Korea, dibintangi Yum Jung-ah, Jeon So-min dan Kim Jae-hwa bermula 5 Jun, di K-Plus (Saluran 396 HD).
  • Drama romantik Why Her, menampilkan Seo Hyun Jin, Hwang In Youp dan Heo Joon Ho bermula 25 Jun, di ONE (Saluran 393 HD).
    • Drama aksi dan misteri Team Building: Off-Duty Investigation, dibintangi Cha Tae-hyun, Lee Sun-bin, Jung Sang-hoon dan ramai lagi, bermula 28 Jun, di tvN (Saluran 395 HD).
  • Drama kekeluargaan Home of Summer, menampilkan Lee Young Eun, Yoon Sun Woo, Lee Chae Young dan ramai lagi, bermula 20 Jun, di ONE (Saluran 393 HD).
  • Filem aksi-fantasi Spiritwalker, lakonan Yoon Kye-Sang, Park Yong-Woo, Lim Ji-Yeon dan ramai lagi, pada 18 Jun, di tvN Movies (Saluran 416 HD).
  • Filem drama-politik Kingmaker, lakonan Sul Kyung-Gu, Lee Sun-Kyun dan ramai lagi, pada 4 Jun, di tvN Movies (Saluran 416 HD).

.

Pelangggan juga boleh berhibur dengan program kepelbagaian Korea seperti:

  • Dokumentari berinspirasi Youn’s Unexpected Journey, menampilkan Youn Yuh-jung dan Lee Seo-jin, bermula 6 Jun, di tvN (Saluran 395 HD).
  • Program pertandingan menari-muzikal Be Mbitious, dihoskan oleh Rain, bermula 3 Jun, di tvN (Saluran 395 HD).
  • Program travelog makanan The Backpacker Chef, dibintangi Baek Jong-won, Oh Dae-hwan, Ahn Bo-hyun dan DinDin, bermula 31 Mei, di tvN (Saluran 395 HD).

.

Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.