Astro, syarikat penyiar dan penstriman utama negara teruja untuk menyambut keindahan Ramadan 1445 Hijrah dengan menampilkan lebih dari 600 jam tontonan dan pengisian yang bermakna untuk dinikmati oleh seisi keluarga di sepanjang bulan Ramadan ini.
Bertepatan dengan tema ‘Masa, Anugerah Terindah’, para pelanggan Astro bakal disajikan dengan pelbagai pengisian yang dapat memenuhi keperluan tontonan di setiap peringkat umur, menerusi seleksi program-program hebat di platform televisyen, radio, digital serta penganjuran aktiviti lapangan, dengan tujuan untuk merapatkan hubungan seisi keluarga agar masa yang diluangkan lebih bermakna dan mampu membina momen-momen indah.
Selain tawaran kandungan, kempen Ramadan dan Raya Astro 2024 turut diwarnai dengan kehadiran duta-duta yang dilantik untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat, terdiri daripada barisan pelakon berbakat tempatan termasuk Datuk Jalaluddin Hassan, Hun Haqeem, Mierul Aiman, Qasrina Karim dan Erysha Emyra.
Menariknya, kempen Ramadan Astro 2024 turut dilengkapi dengan penganjuran ‘Assalamualaikum’, program pra-pengaktifan kempen Ramadan yang dijalankan di beberapa lokasi dengan tujuan untuk lebih mendekati dan meluangkan masa bersama masyarakat setempat. Program ‘Assalamualaikum’ telah berlangsung di Johor Bahru dan Terengganu, manakala lokasi seterusnya pula di Kelantan pada 1 Mac dan di Pahang pada 7 Mac.
Berikut adalah antara kandungan-kandungan menarik di Astro sepanjang Ramadan tahun ini:
Platform Televisyen
• Para pelanggan Astro dapat menikmati sajian kandungan menarik yang merangkumi program keagamaan, drama terbaik, pengisian hiburan, gaya hidup dan animasi yang membawa masa yang lebih untuk bersama keluarga di sepanjang Ramadan, termasuk:
o Program ‘Jom Khatam’, mari semaikan niat untuk khatam Al-Quran pada bulan Ramadan ini, dan ikuti bacaan Al-Quran selepas setiap waktu solat bersama Qari terbaik Malaysia dan selebriti tempatan, bermula 11 Mac; program gameshow ‘Tahu Ke Tidok Musim 3’, yang dihoskan oleh PU Amin dan disertai oleh barisan artis, pempengaruh dan pelawak, bermula 11 Mac; program temu bual lewat malam yang santai dan sesuai untuk seisi keluarga ‘Malam Ini: Ustaz Don’, bermula 14 Mac; Siaran Langsung ‘Geng Ngaji Musim 5’, program interaktif menguji bacaan Al-Quran pemanggil bersama pengacara Ustaz Fakhrul Radhi, Ustaz Tarmizi dan Farhatul Fairuzah, bermula 12 Mac; Siaran Langsung ‘Ustaz! Saya Confuse’, program interaktif soal jawab di mana pemanggil boleh bertanya apa sahaja kemusykilan berkaitan dengan agama atas talian bermula 12 Mac; program ‘Bidadari Syurga Musim 2’, dibintangi oleh Lisa Surihani, Ustaz Jafri Mahmoodi dan selebriti jemputan bercerita tentang selok-belok kehidupan mereka bermula 12 Mac; di Astro Oasis (Saluran 106).
o Sajian drama terus menjadi pilihan No. 1 penonton Malaysia dan Astro bakal menyajikan 6 buah drama baharu sepanjang Ramadan 2024. Menerusi slot Megadrama, sebuah karya adaptasi novelis hebat tanah air, Siti Rosmizah, kisah penuh konflik, ‘Takdir Itu Milik Aku’, dibarisi pelakon hebat termasuk Shaheizy Sam, Emma Maembong, Fauziah Nawi dan ramai lagi, bermula 26 Februari, Isnin - Khamis 10 malam, di Astro Ria (Saluran 104); Menerusi slot Dramavaganza, ‘Khun:sa’ lakonan Sherry AlHadad pula menampilkan kisah realiti ‘taboo’ yang berlaku dalam masyarakat tetapi jarang diketengahkan di platform komersial. Objektif utama drama ini juga memberi kesedaran pada penonton dan masyarakat tentang hak, rawatan dan kesan kehidupan golongan ini, bermula 11 Mac, Isnin - Khamis, 9 malam di Astro Ria (Saluran 104); Manakala slot Tiara, kisah sadis penuh tragis ‘Malang Si Puteri’, lakonan Fasha Sadha, Wan Raja dan Hafeez Adam, bermula 11 Mac, Isnin - Jumaat, 6 petang, di Astro Ria (Saluran 104); Drama siri yang pernah mencetus fenomena kini kembali khas untuk penonton, ‘Hero Seorang Cinderella 2’, dibarisi keluarga pekon terkenal Fazura, Fattah Amin dan Fatima, bermula 10 Mac, di Astro Ria (Saluran 104) Setiap Ahad 9 malam; Para peminat drama bersiri Astro Originals juga boleh terus menyaksikan ‘i.D’, drama bersiri yang mengetengahkan isu jenayah siber di media sosial, dibarisi pelakon hebat tempatan termasuk Naim Daniel, Amelia Handerson, Aedy Ashraf dan ramai lagi, menerusi episod-episod baharu pada setiap Jumaat di Astro Premier (Saluran 410); dan, menerusi Astro Ceria (Saluran 611), sebuah drama mencuit hati yang berkisarkan tentang dua rakan baik bersaing sesama sendiri untuk berpuasa penuh dalam ‘Kampung Puasa’, bermula 8 Mac.
o Program variasi santai penuh inspirasi pula bakal menyajikan ‘Healing With Zizan’, menampilkan barisan selebriti lelaki Malaysia yang berkongsi masa dan meluah rasa tentang kisah hidup mereka yang tidak pernah dipaparkan di mana-mana, bermula 4 Mac, setiap Isnin, jam 11 malam; ‘MeleTOP Moreh’, bakal menemui penonton di sepanjang bulan Ramadan yang dihoskan oleh Nabil Ahmad, Hawa Rizwana dan satu episod eksklusif bersama Neelofa, bermula 12 Mac setiap Selasa, 11 malam; program masakan ‘Rasa: Mak Ajar Masak’, menampilkan selebriti tempatan bersama ibu tercinta, serta anak bersama ibu selebriti, termasuk Uyaina Arshad, Diana Danielle, Amy Mastura, Nubhan & Mak Jenny dan ramai lagi, setiap Isnin - Jumaat, 7 malam di Astro Ria (Saluran 104); dan akhir sekali, program sitcom Gen Z, ‘Rizz-Start’ bermula 14 Mac, setiap Khamis, jam 11 malam, dan program tanggungjawab sosial ‘Kongsi Kasih’ yang menyelami kepayahan dan kisah kehidupan masyarakat yang kurang bernasib baik, bermula 8 Mac, setiap Jumaat 7.30 malam, di Astro Ria (Saluran 104).
o Program pentas komedi No. 1 Malaysia, ‘Sepahtu Reunion Live Moreh’, bakal bersiaran langsung untuk menghiburkan penonton sepanjang Ramadan, bermula 23 Februari, jam 10 malam; program komedi realiti ‘Kak Lina ter’over’ Take Over’, bermula 7 Mac; program sketsa komedi ‘Yak Yak Yey’, setiap Jumaat, di Astro Warna (Saluran 107).
o Filem menarik sepanjang Ramadan termasuk ‘Tilam Perca’, mengisahkan tentang pengorbanan seorang nenek terhadap cucu yang terjerumus ke kancah najis dadah, lakonan hebat Norlia Ghani, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Farahdhiya, pada 30 Mac; filem keluarga ‘Satu Hari Sebelum Raya’, arahan Syahmi Sazli, pada 6 April, di Astro Citra (Saluran 108).
o Manakala program kanak-kanak, Upin & Ipin Iqra, Upin & Ipin Ramadan dan Omar & Hana, bermula 11 Mac; dan Papa Pipi Ramadhan Raya, bermula 11 Mac; Filem animasi Nussa the Movie, pada 17 Mac, 3 petang di Astro Ceria (Saluran 611).
Platform Digital
• Peminat kandungan digital juga boleh turut berhibur dan menyaksikan program-program terbaik, termasuk:
o Program ‘You Know Nothing About Cooking’, menampilkan selebriti popular temptan termasuk Sherry Alhadad, Jihan Muse, Hazama, Amelia Henderson, Zizan Razak, Nabila Huda dan ramai lagi yang ingin mempelajari menu masakan, bermula 11 Mac; program siri Islamik ‘Budak Bedak The Series’, terdiri daripada 6 sahabat termasuk Ryan Bakery, Wan Chai, Adam Bakery, Farihin Amia, Black dan Yeeettt yang mempelajari nilai kehidupan bersama Ustaz Fakhrul UNIC dan Amin Idris dalam situasi santai, bermula 13 Mac; program social experiment ‘Hype Hafiz S2’ bersama Qawiyaro yang akan mendekati komuniti berkepeluan untuk mendekatkan mereka dengan Al-Quran, bermula 14 Mac; dan rancangan keluarga ‘Saya Puasa Lah!’, menampilkan Nas-T, Norreen Iman, Ubai MZ dan Datuk Fizz Fairuz dalam menjalani ibadah puasa seharian serta aktiviti yang dilakukan di bulan Ramadan, bermula 19 Mac, di platform Astro Gempak.
Astro First
• Peminat filem boleh menyaksikan program-program menarik di Astro First, termasuk:
o Filem komedi ‘19 Puasa Playboys of Plastik Hitam’, menampilkan Bell Ngasri, Aziz M Osman, Imuda, Joey Daud dan ramai lagi, menampilkan karenah dan telatah lucu di bulan Ramadan, bermula 28 Februari; filem seram ‘Jin Qorin’, menampilkan Marthino Lio, Rama Michael, Tyara Vanesha, bermula 7 Mac; filem seram psikologi ‘Korsaoff’, dibarisi oleh Elly Ariffin, Iqram Dinzly, Erra Fazira, Azhan Rani dan Ning Baizura, bermula 14 Mac; filem seram ‘Janin Iblis Neraka’, menampilkan Samuel Rizal, Aliyah Faizah, Yama Carlor, bermula 28 Mac; dan filem komedi ‘Asan Lembu The Movies’, dibintangi oleh Joey Daud, Azhan Rani, Aprena Menrose dan ramai lagi, bermula 28 Mar di Astro First (Saluran 480).
Platform Radio
• Pendengar Astro Radio juga boleh terus menikmati keindahan Ramadan dengan program-program menarik di radio, termasuk:
o Radio ERA akan melancarkan ‘Ramadhan Kampung ERA’, acara berbuka puasa, tawarih dan moreh bersama penduduk kampung; ERA Sabah membuka peluang kepada peminat untuk memberi cadangan menu masakan berbuka dalam ‘Apa Kau Sungkai’; seterusnya ERA Sarawak akan mengadakan aktiviti berbuka puasa dalam ‘Sungkai Paling Tinggi’. Manakala SINAR akan memberi bantuan Ramadan dan Raya dalam ‘Sodaqah SINAR’, serta GEGAR pula menjalankan ‘Tadarus Ramadan GEGAR’, di mana personaliti radio akan bertadarus bersama Ustaz Zarifi pada setiap hari Khamis di bulan Ramadan. ZAYAN turut menjalankan aktiviti Ramadan termasuk ‘ZAYAN Terjah Bazar Ramadan’ yang akan dijalankan di bazar terpilih, aktiviti ‘ZAYAN Motorhome Moreh Tour’ dengan menjelajah masjid-masjid untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan bertarawih, serta berkongsi rezeki dalam ‘ZAYAN Bubur Lambuk’ yang akan dijalankan dengan kerjasama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur. Ikuti media sosial jenama-jenama radio untuk maklumat lanjut.
Untuk maklumat lanjut berkaitan pengisian kandungan Ramadan Astro 2024, sila layari www.astroramadan.com.my atau ikuti platform media sosial Astro Malaysia.