Bulan Ramadan telah pun tiba, dimana ketika ini umat Islam seluruh dunia akan berpuasa dengan menahan diri dari lapar dan dahaga serta nafsu dalam menjalani ibadah ini.
![sebulan berpuasa, ini makanan yang perlu diambil penghidap gastrik](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/intermittentfasting.jpg)
Penghidap gastrik merupakan antara yang terkesan kerana perlu berpuasa, dan ia sekaligus ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan ibadah berpuasa mereka.
![sebulan berpuasa, ini makanan yang perlu diambil penghidap gastrik](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/picture1.jpg)
Namun jangan bimbang kerana dengan cara pemakanan yang betul boleh membantu mereka yang gastrik untuk berpuasa dengan sempurna.
.
Berikut adalah antara makanan yang perlu diambil mereka yang gastrik di sepanjang bulan Ramadan ini, seperti:
- Sayuran seperti kobis, brokoli, kentang, timun dan kacau hijau kerana makanan ini rendah lemak dan gula dan dapat mengurangkan asid perut serta baik untuk sistem pencernaan.
- Halia. Makanan ini mempunyai sifat antiradang semula jadi dan antara salah satu rawatan dalam masalah pedih ulu hati.
- Oat dan roti gandum
- Buah-buahan bukan sitrus (masam)
- Daging tanpa lemak seperti ayam, ayam belanda, ikan dan makanan laut
- Putih telur
- Lemak sihat seperti avokado, walnut, flaxseed, minyak zaitun, minyak bijan dan minyak bunga matahari.
- Makanan & minuman probiotik seperti yogurt, kefir dan kimchi.
- Makanan antibakteria dan kaya flavonoid seperti bawang putih, bawang, madu, halia, kunyit, kranberi dan saderi.
.
Untuk mengelakkan daripada menghidap gastrik, anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan makanan berikut kerana ia boleh mencetuskan keradangan:
- Makanan diproses
- Gluten
- Makanan berasid
- Produk tenusu
- Makanan bergula
- Makanan pedas
.
Dalam masa sama, elakkan daripada tekanan berlebihan dalam usaha mengurangkan masalah gastrik anda. Dapatkan juga nasihat daripada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
.
Sumber: Hello Doktor