Selain pemakanan dan diet yang baik, senaman adalah sesuatu yang penting untuk sentiasa tampil sihat dan kekal cergas sepanjang masa. Tetapi, tiada masa untuk bersenam sering dijadikan alasan utama orang ramai. Sebenarnya senaman tidak semestinya perlu pergi ke gym atau ke gelanggang badminton ataupun futsal. Kita juga tidak perlu memberi masa yang lama untuk bersenam. Cukup la 4 minit setiap hari! Nak tahu senaman apa yang 4 minit je? Jom baca lebih lanjut.
Senaman Tabata merupakan senaman yang hanya memerlukan 4 minit saja dan boleh dilakukan dimana mana. Yang paling penting ia membakar kalori yang sangat banyak, dan mendapat manfaat yang sama seperti berjogging selama 40 minit.
Latihan Tabata adalah kaedah senaman High Intensity Interval Training yang hanya dilakukan selama 4 minit dengan 10 saat rehat diantara setiap set. Disebabkan tabata adalah senaman berintensiti tinggi, tidak semua orang boleh lakukannya. Ia memerlukan jantung yang betul-betul kuat. Jadi kalau korang yang baru nak mula ni better buat senaman yang ringgan dulu.
Contoh latihan yang boleh digunakan dalam tabata:
- Push-ups
- Start jump
- Sit-ups
- Squat
- Plank
- Lunges
- Standing abs twists
- Mountain climbers
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: maskulin