Lelaki Bersenam 8 Jam Sehari Untuk 20 Tahun, Kini Tak Boleh Jalan Lagi

Seorang lelaki berusia 60 tahun pernah mengamalkan senaman ekstrem dengan melakukan aktiviti bersenam selama 8 jam sehari untuk tempoh 20 tahun lamanya.

lelaki bersenam 8 jam sehari untuk 20 tahun, kini tak boleh jalan lagi

Lelaki dari China itu mula melakukan senaman seperti berjalan, jogging, dan beratus kali tekan tubi ketika usianya awal 40-an.

 

Namun siapa sangka akibat daripada senaman ekstrem itu, lelaki itu kini tidak lagi boleh berjalan seperti biasa kerana mengalami kesakitan pada sendi dan disahkan menghidap masalah arthritis yang teruk.

 

Ketika beliau masih sihat, beliau melakukan senaman setiap pagi selama berjam lamanya dengan melakukan aktiviti seperti berjalan, berlari, 800 kali tekan tubi, berenang selama dua jam, dan bermain badminton.

 

Selama 20 tahun beliau menjalankan rutin seperti itu setiap hari untuk lapan jam lamanya, sehingga menyebabkan otot dan sendinya kini mula berasa sakit.

 

Beliau kemudian merujuk kepada pakar Orthopedik di Hospital Luoyang, sebelum disahkan mengalami masalah arthritis, hiperplasia dan sendi yang mereput, disebabkan senaman ekstrem yang diamalkannya sebelum ini.

 

Ekoran itu, pengarah hospital, Lian Jie turut menasihatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak berlebih-lebih dalam melakukan senaman. Untuk keadaan normal, senaman dihadkan kepada satu hingga satu jam setengah untuk satu sesi, sebanyak tiga hingga lima kali seminggu sahaja.

 

Sumber: Oddity Central