Kajian Dapati Semut Mampu Hidu & Kesan Sel Kanser Manusia

Satu kajian yang dijalankan penyelidik di Pusat Kajian Saintifik Perancis mendapati semut mempunyai kelebihan untuk mengesan sel kanser dalam tubuh badan manusia.

kajian dapati semut mampu hidu & kesan sel kanser manusia

Kajian itu merumuskan semut spesis Formica fusca dapat membezakan sel-sel kanser daripada sel sihat manusia menerusi deria bau mereka.

 

Sebanyak 36 ekor semut jenis itu digunakan dalam ujikaji makmal dengan mendedahkan mereka kepada bau sampel set kanser manusia. Semut-semut itu kemudian dibiarkan menghidu dua bau berbeza.

 

Keputusannya, semut-semut itu didapati dapat membezakan sel kanser dan sel sihat serta antara dua garis kanser yang diuji.

 

Jelas penyelidik lagi, hal ini adalah kerana semut jenis Formica fusca dapat mengesan sebatian organik meruap yang dipancarkan oleh sel kanser.

 

Pun begitu, hasil kajian yang diperingkat awal itu masih memerlukan lebih banyak ujian klinikal sebelum kaedah ini digunakan di hospital.

 

Kaedah deria haiwan seperti ini bukanlah yang pertama kali digunakan bagi tujuan perubatan, khasnya mengesan sel kanser manusia. Sebelum ini, anjing yang dilatih selama beberapa bulan dan tahun digunakan untuk mendiagnos pesakit khususnya  mereka yang menghidap kanser.

 

Sumber: [1]

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN