Seorang lelaki di Indonesia yang baru saja melangsungkan perkahwinan bersama pasangan pilihannya terpaksa akur dengan ketentuan takdir selepas isterinya dijemput ilahi hanya dua hari selepas majlis mereka dilangsungkan.
Kisah sedih lelaki yang berasal dari Indramayu, Jawa Barat itu tular di media sosial TikTok selepas rakannya menerusi akaun @jhankadul berkongsi mengenainya.
Memetik laporan Kompas, kongsi pemuda itu, rakan baiknya, Budi, bersama isterinya, Wiwin, dinikahkan pada 17 Julai lalu.
Pasangan itu berkongsi hubungan yang amat penyayang serta gembira kerana akhirnya disatukan sebagai suami isteri.
Namun, dua hari selepas pernikahan mereka, iaitu pada malam 19 Julai, Wiwin meninggal dunia akibat penyakit gastrik yang dihidapinya sejak sekian lama.
“Awalnya setahun lalu sempat sakit gastrik, tetapi selepas akad sudah sihat. Dia meninggal dunia ketika berbual dengan suaminya pada waktu malam. Tiba-tiba terdiam ketika bercerita,” katanya.
Pemuda itu juga mengatakan pengantin lelaki yang juga kawan baiknya itu adalah seorang yang sangat kuat.
“Jadi isteri yang meninggal itu adalah kawan baik kami. Dialah lelaki yang paling kuat di dunia ini, kami sebagai kawannya kagum padanya. Ketika dia dilahirkan ibunya meninggal, ketika menginjak usia remaja 12 tahun ditinggalkan neneknya, dan ketika baru menjadi suami ditinggal sang isteri. Tetapi dia tidak mengeluh tentang hidupnya,” tambah pemuda itu.
Sumber: Kompas