Sempadan China Guna Angsa Untuk Halau Pendatang Asing Tanpa Izin

Selama lebih setengah tahun sekarang, titik kawalan sempadan di Daerah Longzhou, di sepanjang sempadan China dengan Vietnam telah menggunakan angsa sebagai sebahagian daripada senjata mereka untuk mengesan dan menangkap pendatang tanpa izin.

sempadan china guna angsa untuk halau pendatang asing tanpa izin

Sebagai sebahagian daripada strategi China untuk mencegah penularan COVID-19, negara itu telah mengambil sikap keras terhadap pendatang haram, dengan rondaan sempadan dan pusat kawalan memainkan peranan yang besar.

Namun, China adalah tempat yang besar dengan sempadan yang panjang, justeru, untuk menjauhkan golongan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Di Longzhou, sebuah daerah di Wilayah Guanxi, sempadan dengan Vietnam membentang sejauh 184 kilometer di darat dan 22 kilometer di perairan, dengan banyak denai dan laluan untuk rondaan perlu diperhatikan.

Bagaimanapun, sejak musim panas lalu, mereka dikatakan mempunyai ‘senjata rahsia’ baru iaitu angsa.

Pada Jun tahun lalu, Daerah Longzhou mendahului dalam menguji angsa sebagai sebahagian daripada strategi kompleks untuk menghalang imigresen dan tidak lama selepas itu, mereka melaporkan keputusan positif yang mengejutkan.

Berdasarkan ujian tersebut, angka terbukti lebih berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali dan bunyi yang luar biasa berbanding dengan anjing, sekaligus berupaya membantu ejen sempadan untuk menangkap sesiapa sahaja yang cuba memasuki negara itu secara haram.

Menjelang September tahun lalu, pasukan angsa telah pun dikerahkan ke titik kawalan sempadan di sepanjang sempadan Longzhou yang mana, tidak lama kemudian, setiap pasukan kawalan sempadan menampilkan sekurang-kurangnya sepasang angsa.

Menurut China News, dua angsa, seekor anjing, dan dua penduduk sempadan tempatan mewakili pasukan kawalan sempadan “standard” di daerah tersebut.

Banyak kampung dan pekan di Daerah Longzhou dikelilingi gunung tinggi, hutan tebal dan rangkaian laluan seperti sarang labah-labah yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk menyelinap masuk ke negara itu.

Bagaimanapun, penggunaan angsa telah terbukti sangat berkesan dalam mencegah imigresen dan penyeludupan pelbagai barangan dan hidup liar.

“Angsa sangat sensitif kepada bunyi,” kata Li Fei, ejen kawalan sempadan tempatan yang ditempatkan di Naguan.

“Mereka akan menjerit apabila terdapat sedikit gangguan, dan mereka akan menjerit lebih kuat apabila melihat orang yang tidak dikenali,” tambahnya.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN