Selepas hampir dua tahun pandemik COVID-19, satu kajian mendapati kira-kira 63 peratus golongan lelaki atau ketua keluarga mengalami kemurungan.
Kajian yang dibuat oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada Mac lalu mendedahkan 20.4 peratus lelaki sukar untuk mengawal kemarahan.
Situasi itu jelas menunjukkan hampir dua tahun pandemik COVID-19 mempengaruhi ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang untuk berubah dari biasa kepada luar biasa.
Perubahan ini juga didorong oleh beberapa sebab seperti hilang pekerjaan, perniagaan ditutup dan kehilangan insan tersayang.
Pun begitu, ramai golongan lelaki melalui tempoh fasa yang sukar ini dengan pelbagai cabaran serta tekanan demi memastikan kebajikan isteri dan anak serta keluarga mampu terbela.
Justeru, untuk membantu mereka yang mengalami kemurungan, berikut adalah 7 cara komunikasi berkesan yang boleh dipraktikkan:
- Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat yang terkini bagi mengekalkan perhubungan dengan individu tersebut.
- Tidak mengambil mudah atau memperlekehkan masalah mereka
- Mengambil serius tentang masalah yang dialami
- Memberikan sokongan sosial kepada mereka seperti membantu dalam urusan seharian jika perlu
- Meluangkan masa untuk mendengar luahan mereka
- Galakan dan bantu mereka untuk dapatkan penilaian dan rawatan profesional
- Menunjukkan empati dan mengelakkan sikap menghakimi individu tersebut
Sumber: [1], [2]