Semak Makluman Dos Penggalak Covid-19

Dos penggalak vaksin Covid-19 akan diberikan kepada golongan tertentu.

Siapa golongan tertentu tu?

Mereka adalah warga emas berusia 60 tahun ke atas dan petugas barisan hadapan yang sudah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya 6 bulan lalu.

semak makluman dos penggalak covid-19

Dos penggalak ni untuk individu yang mendapat cukup perlindungan selepas vaksinasi lengkap, tapi perlindungan tu menyusut dari semasa ke semasa.

Fungsi dos penggalak ni kiranya nak naikkan semula sistem imunisasi badan terhadap virus Covid-19.

Bagi individu yang layak, sebarang maklumat akan diberitahu melalui MySejahtera.

semak makluman dos penggalak covid-19

Tapi kalau takde My Sejahtera, mereka akan terima SMS atau panggilan telefon oleh Pusat Pemberian Vaksin.

Anak-anak boleh la tolong semak temujanji vaksinasi mak ayah, atuk dan nenek.

Kita sama-sama bantu ahli keluarga dan orang sekeliling dalam usaha mencegah jangkitan Covid-19.

 

Oleh: Izzati Amir