Dah Makin Ramai Kena Hack, Ayuh Semak Akaun Google Anda Sekarang

Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai yang menjadi mangsa penggodam khasnya di media sosial dan juga penyedia perkidmatan email seperti Gmail atau Outlook.

dah makin ramai kena hack, ayuh semak akaun google anda sekarang

Aktiviti penggodaman ini boleh berlaku melalui pelbagai cara, antaranya adalah kaedah pancingan data (phishing).

.

Melalui kaedah itu, semua data peribadi termasuk log masuk dan kata laluan pengguna boleh dijual secara atas talian secara terbuka, membuatkan privasi pengguna terjejas. Malah, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hampir berbilion kata laluan dan log masuk pengguna telah pun didedahkan secara atas talian.

dah makin ramai kena hack, ayuh semak akaun google anda sekarang

Untuk itu, anda dinasihatkan untuk membuat semakan berkala kepada akaun anda seperti Google, Yahoo, Outlook dan semua media sosial supaya ia kekal selamat.

.

Google misalnya telah membina fungsi yang disebut sebagai Password Checkup. Ia adalah alat tambah percuma untuk Chrome yang dikeluarkan pada 2019 dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan dalam talian pengguna.

dah makin ramai kena hack, ayuh semak akaun google anda sekarang

Password Checkup akan mengimbas pangkalan data yang diketahui nama pengguna dan kata laluan yang telah dicuri daripada tapak web oleh penggodam dan disediakan dalam talian. Ia juga akan menasihatkan anda untuk menukar kata laluan dan log masuk jika keduanya telah terdedah kepada penggodam.

.

Pada Oktober 2019, Password Checkup ini telah disepadukan dengan Google Account Password Manager, yang turut memberi amaran tentang penggunaan semula dan kata laluan yang lemah. Semak kata laluan anda disini --> passwords.google.com

dah makin ramai kena hack, ayuh semak akaun google anda sekarang

Selain itu, anda juga boleh menyemak sama ada email atau nombor telefon anda telah digodam melalui laman Have I Been Pwned. --> https://haveibeenpwned.com/

.

Sumber: [1]