Selepas Varian Delta, Wujud Pula Delta Plus, Korea Selatan Negara Kedua Di Asia Catat Kes Varian Delta Plus

Ketika ia masih berada di ambang gelombang jangkitan keempat, Korea Selatan telah mengesan dua kes pertama varian Delta Plus COVID-19.

korea selatan negara kedua di asia yang melaporkan kes varian delta plus

Perkara tersebut disahkan Badan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Korea Selatan kini merupakan empat negara yang melaporkan jangkitan daripada varian terbabit selepas Britain, Portugal dan India.

Sebagai makluman, varian Delta Plus merupakan sub-lineage varian Delta yang pertama kali dikesan di India.

Seperti mana yang dijelaskan kepada Reuters oleh KDCA, kes pertama yang melibatkan varian Delta Plus itu dikesan pada seorang lelaki berusia 40-an yang tidak memiliki sebarang sejarah perjalanan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Ujian saringan kemudian dijalankan terhadap 280 kontak rapat lelaki terbabit yang mana, hanya anaknya yang dilaporkan positif.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sekiranya jiran kepada anaknya turut dijangkiti varian Delta Plus itu.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, memang ada beberapa vaksin utama yang berkesan terhadap varian Delta yang sangat mudah menular.

Namun, kemunculan strain baru telah menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keberkesanan vaksin.

Terdapat beberapa saintis mengatakan bahawa varian Delta Plus berkemungkinan lebih mudah berjangkit.

Susulan itu, kajian sedang dijalankan di India dan beberapa negara lain bertujuan menguji keberkesanan vaksin terhadap mutasi terbabit.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN