Selepas Jong Kook, Barisan Running Man Suk Jin & Se Chan Juga Positif COVID-19

Selepas Kim Jong Kook, dua lagi bintang Running Man iaitu Yang Se Chan dan Jin Suk Jin turut diuji positif COVID-19.

selepas jong kook, barisan running man suk jin & se chan juga positif covid-19

Menurut agensinya, SM C&C, “Yang Se Chan telah menerima keputusan positif pada ujian PCR COVID-19nya.”

Yang Se Chan bagaimanapun telah menyelesaikan dua dos vaksin COVID-19 dan pada masa ini tidak mengalami sebarang gejala tertentu.

Tambah agensinya, Se Chan berhubung rapat dengan kes yang disahkan dan mengambil ujian PCR, yang didapati negatif.

Dia kemudian menjalani kuarantin kendiri dan mengambil ujian PCR kedua, yang mana keputusannya kemudian didapati positif.

Sehubungan dengan itu, agensinya juga menjelaskan bahawa Se Chan tidak menyertai rakaman Running Man pada 7 Februari kerana kuarantin kendiri.

Sementara itu, kakitangan produksi Running Man mengatakan, “Kami tidak mempunyai rancangan penggambaran untuk minggu depan, jadi tiada masalah dengan jadual siaran. Tiada keputusan positif dalam kalangan kakitangan.”

Dalam pada itu, Ji Suk Jin juga turut positif COVID-19 selepas menjalani ujian pantas COVID-19 dan sedang menunggu keputusan ujian PCRnya.

Yoo Jae Suk, HaHa, Jun So Min, dan Song Ji Hyo bagaimanapun setakat ini telah diuji negatif.


Sumber: [1]