Selepas Hyun Bin, Lagi Bintang Crash Landing on You, Yoo Jung Hoo Bakal Mengikat Tali Perkahwinan

Pelakon Korea Selatan, Yoo Jung Ho bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pelakon Cha Hee.

selepas hyun bin, lagi bintang crash landing on you, yoo jung hoo bakal mengikat tali perkahwinan

Yoo yang juga membintangi drama popular, Crash Landing On You pernah membarisi bersama drama lain yang berjudul Bulgasal bersama Cha Hee.

Berita gembira itu diumumkan agensi Yoo, IOK Company yang mengesahkan bahawa tarikh perkahwinan pasangan itu adalah pada 5 Mei.

“Memang benar bahawa pelakon Yoo Jung Ho dan Cha Hee akan berkahwin pada 5 Mei.”

Agensi itu turut mendedahkan bahawa Yoo dan Cha Hee telah bercinta kira-kira tujuh tahun.

Mereka dikatakan mula rapat sebagai rakan sekerja sebelum akhirnya bergelar pasangan kekasih.

Ramai peminat kini tidak sabar menunggu pasangan selebriti itu untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai perkahwinan mereka yang akan dilangsungkan pada musim panas ini.

Yoo Jung Ho membuat sulungnya sebagai pelakon pada 2007 yang mana dia kemudian membintangi beberapa drama dan filem popular Korea seperti The Prison, Gangnam Blues, Ode to My Father, Crash Landing On You dan banyak lagi.

Baru-baru ini, pelakon berusia 42 tahun itu muncul dalam filem Yaksha: Ruthless Operations.

Sementara itu, Cha Hee kali terakhir dilihat dalam drama The One and Only.


Sumber: [1]