Selepas 8 Tahun, Changi Airport Kehilangan Gelaran Lapangan Terbang Terbaik Di Dunia

Setelah hampir satu dekad berada di puncak, Lapangan Terbang Changi, Singapura kehilangan gelaran lapangan terbang terbaik di dunia.

selepas 8 tahun, changi airport kehilangan gelaran lapangan terbang terbaik di dunia

Menerusi Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2021 yang diadakan pada 5 Ogos lalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad meraih anugerah Lapangan Terbang Terbaik diikuti Lapangan Terbang Tokyo Handeda dan Lapangan Terbang Changi di tempat kedua dan ketiga masing-masing.

Bagaimanapun, Lapangan Terbang Changi tetap mengekalkan standardnya yang tinggi dengan merangkul beberapa kemenangan dalam kategori lain.

Penghargaan tersebut merangkumi anugerah Kakitangan Lapangan Terbang Terbaik di Dunia dan Kakitangan Lapangan Terbaik di Asia.

Selain itu, Lapangan Terbang Changi turut dinobatkan sebagai Lapangan Terbang Terbaik dalam kategori 10 hingga 15 juta penumpang dan juga tersenarai dalam kategori Anugerah Kecemerlangan Lapangan Terbang COVID-19 2021 yang baru sahaja diperkenalkan.

Menerusi kenyataan Skytrax, mereka berharap agar penghargaan pada tahun ini dapat mengiktiraf usaha lapangan terbang global dalam menyesuaikan diri dan menghadapi cabaran pandemik COVID-19.

“18 bulan terakhir adalah tempoh yang paling mencabar dan sulit yang pernah dialami industri pengangkutan udara dunia, dan kebanyakan lapangan terbang telah melabur untuk menyediakan lingkungan yang paling selamat bagi pelanggan dan staf mereka ketika pandemik global.”

 

Sumber: [1]