Seorang Mat Salleh yang menggelar dirinya sebagai Mr. Wonderful berjaya menarik perhatian netizen di kalangan Asia gara-gara penampilannya yang mengenakan baju kemeja dipasangankan dengan sut serta kain batik sarung warna biru secara bersahaja.
Mungkin sekali kerana amalan itu dianggap sebagai sesuatu yang lazim untuk mereka yang berasal dari rantau Asia Tenggera, yang mungkin pernah menyertai mesyuarat secara dalam talian dengan menggayakan kemeja, tetapi di bahagian bawah pinggan hanya mengenakan kain pelikat sebagai pengganti seluar.
Terdahulu, Mr Wonderful atau nama sebenarnya Kevin O’Leary yang merupakan penduduk kelahiran Kanada selalu dilihat mengenakan kemeja berserta sut dengan seluar pendek.
Tetapi ini adalah kali pertama gerangan itu mengejutkan orang ramai dengan penampilan bersahajanya yang mengenakan kain batik.
Sejak dimuat naik pada petang Rabu semalam, video tular itu telah mengumpul jumlah tontonan lebih 275,000 ribu dengan rata-ratanya ramai yang memuji penampilannya itu.
O’Leary yang dikenali sebagai @kevinolearytv di TikTok merupakan seorang ahli perniagaan terkenal dan membintangi rancangan realiti TV Shark Tank sebagai pelabur.
Sumber: [1]