Selamat Hari Lelaki Sedunia!

Ehhh! Ada lah Hari Lelaki 

Selamat Hari Lelaki Sedunia! Eh tak perasan ke tak tau? Takpe ni ucap ni sambil nak bagi taulah kat sesiapa yang belum tau…hehehe. 

Untuk pengetahuan, Hari Lelaki Sedunia ni disambut setiap 19 November. Tema tahun ni pulak ‘Kesihatan Yang Lebih Baik Untuk Lelaki’.selamat hari lelaki sedunia!

selamat hari lelaki sedunia!

Macam kena je kan tema dengan keadaan pandemik COVID-19 sekarang ni. Kaum lelaki jangan lupa jaga diri. Anda adalah ayah, suami, abang, adik, anak dan sahabat yang diperlukan dan disayangi kami…eccewah

selamat hari lelaki sedunia!

selamat hari lelaki sedunia!

selamat hari lelaki sedunia!

OK kita pergi kat cerita yang serius sikit. Tahukah anda bahawa 76 peratus kes bunuh diri melibatkan lelaki. Aduh! kenapa tinggi peratusannya? Menurut saintis sosial multi-disiplin, Dr Airil Haimi Mohd Adnan, proses sosialisi sejak dulu menjadikan lelaki ni jarang kongsi emosi dan perasaan.

selamat hari lelaki sedunia!

Kata Dr Airil Haimi, sebenarnya takde salahnya lelaki lebih bersikap terbuka dan ia tak pun mengurangkan sifat macho. Jadi stigma pasal lelaki tak sesuai menangis dan mellow bolehlah kita bungkus ikat tepi dannn letak kat tepi. Sebab apa? Sebab lelaki dan perempuan sama-sama ada hati dan perasaan.  

Selamat Hari Lelaki Sedunia Kesayangan Wanita! PS5 dan iPhone12 dah sold-out, ganti mini love boleh kan? 

selamat hari lelaki sedunia!

Oleh: KJ  

Sumber & foto: Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), AWANI, BERNAMA,  Berita Harian, Harian Metro & internet

ARTIKEL BERKAITAN