Selamat Datang Netflix! Astro Umum Kerjasama Strategik Dengan Netflix

Berita baik buat pengguna Astro yang turut menggemari perkhidmatan penstriman popular, Netflix!

selamat datang netflix! astro umum kerjasama strategik dengan netflix

Terbaru, Astro dan Netflix mengumumkan bahawa kedua-dua pihak itu telah memeterai perjanjian strategik yang bakal melihat Netflix menyertai platform Astro, sekali gus menawarkan para pelanggan Astro dengan pelbagai pengalaman hiburan yang luar biasa.

Berikutan itu, pelanggan Astro selepas ini akan dapat menikmati akses untuk menonton Netflix menerusi kotak Ultra, sejurus selepas kerjasama tersebut dilancarkan dan juga kotak Ulti dalam tempoh masa beberapa bulan yang akan datang. Ia merupakan antara ciri-ciri kefungsian terbaru yang terbaru yang diperkenalkan bagi menggabungkan lagi perkhidmatan global di platform Astro.

Selain itu, pelanggan Astro dan Netflix di Malaysia kini turut boleh menguruskan akses pembayaran yuran langganan Astro dan Netflix mereka dengan lebih mudah menerusi satu bil sama, bahkan dengan nilai tambah yang lebih baik.

Sehubungan dengan itu, Henry Tan selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro berkata, “Kerjasama yang termeterai dengan Netflix mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan No. 1 bagi rakyat Malaysia seeprti naskhah ‘originals’, program ‘signatures’, tayangan acara sukan secara langsung dan filem blockbuster tempatan untuk dinikmati.

“Pengumuman ini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi Astro di dalam kepimpinan pasaran serantau dalam memberikan pengalaman hiburan terbaik kepada rakyat Malaysia,” ujarnya.

Tidak ketinggalan, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan APAC, Netflix iaitu Tony Zameczkowski yang turut sama teruja dengan cetusan terbaru itu berkata, “Rangkuman program menarik daripada koleksi filem Hollywood seperti Army of the Dead, Lasa Casa de Papel dari Sepanyol, Lupin dari Perancis, dan K-drama seperti Vincenzo, kami percaya bahawa kisah-kisah terhebat seperti ini boleh datang dari mana sahaja dan turut diminati oleh audiens seluruh dunia.

“Saya amat berbesar hati dengan pakatan strategik yang terjalin dengan Astro kerana kerjasama tersebut membolehkan kami membawa kandungan hiburan bertaraf dunia di pelbagai peranti pintar pilihan untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.”

Untuk maklumat lanjut dan info berkenaan pendaftaran, layari https://astro.com.my/Netflix

ARTIKEL BERKAITAN