Selain Untuk Gosok Gigi, Korang Boleh Juga Gunakan Ubat Gigi Untuk Perkara Ini

selain untuk gosok gigi, korang boleh juga gunakan ubat gigi untuk perkara ini

Semua orang tahu penggunaan ubat gigi adalah rutin harian bertujuan untuk menjaga kesihatan gigi dan memastikan gigi sentiasa bersih dan putih. Tetapi mungkin ramai juga yang tidak tahu kegunaan dan manfaat ubat gigi.

Ubat gigi bukan saja untuk bersihkan gigi tetapi ia sangat membantu dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

1. Kesan kotoran kopi pada baju dapat dihilangkan atau ditanggalkan dengan hanya sapukan ubat gigi pada bahagian yang terkena. Kemudian cuci dan lihat hasilnya.

2. Tak dinafikan barang kemas yang lama memang susah untuk dibersihkan. Mudah je guys, calitkan sedikit ubat gigi dan gosok sehingga bersih. Ia akan kelihatan lebih bersinar.

3. Kalau skrin iPhone korang bercalar ataupun kotor, gunakan ubat gigi dan gosokkan pada bahagian itu. Jangan terkejut tau, cara ini memang berkesan. Skrin iPhone akan kembali seperti sedia ada. Kalau tak percaya bolehlah cuba.

4. Kepada pengemar dan suka kumpul kasut sneakers, korang mesti risau kalau ada kotoran hitam pada bahagian getah warna putih. Relax okay, ubat gigi dapat menyelesaikan masalah ini. Gosokkan ubat gigi pada kotoran itu dan ia akan hilang dan nampak bersih.

5. Kesan kotoran yang ada kain langsir ataupun ‘lace’ dapat dihilangkan dengan cara menggunakan ubat gigi. Kain langsir yang kotor memang leceh nak basuh. Boleh try cara ini, mudah dan efektif.

Sumber: The Vocket

Oleh: Khalie Azmi