Selain Tanah, Ada Beberapa Bahan Boleh Digunakan Untuk Bercucuk Tanam

selain tanah, ada beberapa bahan boleh digunakan untuk bercucuk tanam

 

Tanah adalah kegunaan tanaman yang utama, yang sering dijadikan sebagai medium untuk bercucuk tanam. Namun ada lagi medium yang lain yang boleh digunakan untuk tanaman. Medium yang lain dapat menjimatkan ruang dan juga sangat sesuai untuk tanaman indoor. Dikatakan medium medium ini juga menjadi pilihan pekebun untuk Teknik tanaman hidroponik dan aquaponik. Jom baca lebih lanjut.

  1. Hyro balls, clay balls dan leca

Medium ini sangat ringan dan memberi pengaliran yang baik. Selain memberi ruang kepada akar tanaman, sekaligus menyihatkan akar dari rosak atau terbantut. Medium ini sangat sesuai untuk tanaman jenis hydroponic dan aquaponic.

 

  1. Perlite

Dikatakan medium terbaik untuk tanaman hydroponic dan aquaponic. Ia berfungsi sebagai penapis air dan meningkatkan aliran udara dalam tanah untuk memastikan akar kekal aktif. Perlite adalah gabungan terbaik tanah.

 

  1. Vermiculite

Ia adalah alternative medium tanaman pengganti tanah. Rupa sama seperti perlite tetapi ia adalah sangat berbeza kerana vermiculite diperbuat daripada mineral. Kandungannya lembab dan mampu memberikan lebih banyak kalium, kalsium dan magnesium.

 

  1. Jiffy / Peatdisc

Ia diperbuat daripada Sphagnum (bahan mentah) atau sabut. Ia adalah medium yang sangat berkualiti dan ringan. Mudah untuk dibersihkan dan menggendalikannya. Ia memberikan system akar yang kuatdan mampu cambahkan benih dengan cepat dan mudah.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita