Selain Darah A, B, O dan AB, Ada Juga Darah Bombay. Apa Tu?

Kita pasti sudah biasa mendengar kumpulan darah berbeza seperti darah jenis A, B, O dan AB. Setiap kumpulan darah ini ditentukan oleh jenis darah daripada ibu dan bapa kita.

selain darah a, b, o dan ab, ada juga darah bombay. apa tu?

Namun tahukah anda terdapat satu lagi jenis kumpulan darah iaitu darah Bombay?

selain darah a, b, o dan ab, ada juga darah bombay. apa tu?

Kumpulan darah yang paling jarang dijumpai di dunia ini pada mulanya ditemui di Bombay (Mumbai), India oleh Dr. Y. M. Bhende pada tahun 1952.

 

Darah Bombay juga disebut sebagai kumpulan darah h/h, Oh atau OO, terjadi dalam kira-kira 0.0004% penduduk manusia, walaupun di beberapa tempat seperti Mumbai penduduk tempatan mungkin boleh mempunyai kejadian dalam sebanyak 0.01% (1 dalam 10,000) penduduk, dan 1 dalam 1 juta orang pada mereka yang berada di negara di Eropah.

selain darah a, b, o dan ab, ada juga darah bombay. apa tu?

Disebabkan kumpulan darah ini sangat terhad, mana-mana orang dengan kumpulan darah ini yang memerlukan pemindahan darah segera mungkin sukar untuk melakukannya kerana tidak ada bank darah akan mempunyai stok darah jenis seperti ini.

 

Darah Bombay adalah suatu yang jarang berlaku di Malaysia. Namun sekiranya anda mempunyai darah jenis ini, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan, seperti:

 

  1. Berhubung dengan ahli keluarga dan minta mereka melakukan ujian darah. Jika anda mempunyai darah jenis Bombay, kemungkinan besar ada dalam kalangan keluarga anda turut mempunyai jenis darah yang sama.
  2.  Pastikan anda menyimpan darah anda untuk tujuan kecemasan. Jika anda ditimpa kemalangan dan perlukan tranfusi darah, anda perlu bersifat terbuka untuk menerima derma daripada negara lain.

Justeru, adalah sangat penting untuk anda mengetahui jenis darah dalam badan anda sendiri. Cara paling mudah untuk tahu jenis darah adalah dengan menderma darah. Rujuk laman sesawang Pusat Darah Negara untuk lokasi dan info terkini berkenaan derma darah.

 

Sumber: Hello Doktor / Pusat Darah Negara