Sekolah Mula Dibuka Di Selangor, KL, Putrajaya & Melaka Bermula Hari Ini

Institusi pendidikan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka membabitkan kemasukan bagi murid tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) sekolah rendah, serta murid tingkatan 3 dan 4 sekolah menengah mula beroperasi hari ini.

sekolah mula dibuka di selangor, kl, putrajaya & melaka bermula hari ini

Sementara itu, kehadiran murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6) sekolah rendah serta kelas peralihan, tingkatan 1 dan tingkatan 2 sekolah menengah bagi keempat-empat negeri dan wilayah tersebut akan bermula pada 8 November ini.

Operasi insitusi yang diletakkan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu adalah berdasarkan peralihan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 18 Oktober lalu yang mana ia turut merujuk pada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah kementerian bagi kategori sekolah dan pusat.

Terdahulu, KPM pernah menetapkan jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya akan dilaksanakan selepas dua minggu dari tarikh peralihan ke fasa terbabit.

 

Sumber: [1]