Sekolah Ditutup Sehingga Hari Akhir Persekolahan, SPM dan STPM Ditunda Lagi.

sekolah ditutup sehingga hari akhir persekolahan, spm dan stpm ditunda lagi.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil keputusan untuk menutup sekolah.

“KPM telah memutuskan bahawa semua sekolah termasuk kolej vokasional dibawah KPM dan negeri-negeri terlibat akan ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri kumpulan A dan 18 Disember bagi negeri kumpulan B.”

Bagaimanapun, sesi pembelajaran dan pengajaran tetap diteruskan dengan cara home based learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Guru juga perlu berada di stesen kerja masing-masing. Untuk pelajar yang berada di asrama, mereka diminta untuk pulang ke rumah masing-masing.

Selain itu, pihak KPM juga telah menunda peperiksaan awam. SPM/SVM/STAM telah dipinda dan akan bermula pada 22 Februari tahun depan. Peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac.

Menurut Dr Radzi, keputusan itu diambil oleh pihak KPM untuk membantu pihak kerajaan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Sumber: Astro Awani, Telegram Majlis Keselataman Negara

ARTIKEL BERKAITAN