Sekian Lama Mendiam, Shah Rukh Khan Bakal Kembali Bintangi Lebih Dari Dua Filem Bollywood

Setelah sekian lama menyepi, pelakon terkemuka Bollywood, Shah Rukh Khan bakal kembali ke layar perak dengan lebih banyak filem terutamanya menjelang 2023.

sekian lama mendiam, shah rukh khan bakal kembali bintangi lebih dari dua filem bollywood

Pelakon berusia 56 tahun itu dilaporkan akan membintangi tiga hingga empat filem yang akan dikeluarkan pada tahun depan.

Kerjaya SRK dilihat berhadapan dengan pelbagai kemelut sejak kebelakangan ini, dengan kehidupan peribadi beliau turut terjerat dengan beberapa kontroversi.

Tahun lalu ketika sesi interaktifnya di Twitter menggunakan #AskSRK, seorang peminat sempat bertanya kepada SRK, “Apakah fasa kehidupan yang anda sedang lalui pada ketika ini?” yang mana beliau menjawab, “Pembinaan semula.”

Bagaimanapun, kemunculan semula pelakon hebat itu bakal menandakan permulaan baru dalam kariernya,

Filem pertama SRK selepas sekian lama dijangka akan dikeluarkan pada 25 Januari 2023 dengan lebih banyak projek kini berada dalam perancangan.


Sumber: [1]