Adik Syukor Khamis yang lebih dikenali sebagai Mowgli Malaysia telah ditimpa musibah apabila 35 ekor kerbau peliharaan bapanya telah mati disebabkan wabak hawar berdarah.
Jumlah kerugian yang dialami oleh keluarga mereka dianggarkan bernilai RM200,000.
Haiwan-haiwan tersebut telah menjadi haiwan kesayangan adik Syukor semenjak dahulu lagi. Menurut laporan Astro Awani, kerbau-kerbau tersebut telah mati secara berperingkat sejak Rabu lalu. Selain itu, 11 ekor daripadanya telah mati bergelimpangan.
Menurut bapanya, Khamis Jusoh, mereka mula menyedari kejadian itu pada hari Rabu lalu apabila seekor kerbau telah mati. Semenjak daripada itu, satu per satu kebau peliharannya telah mati sehinggalah menjadi 30 ekor.
“(Kami) sedar pada 9 September seekor (mati), kemudian dua, lepas itu tiga, empat (dan) yang ketaranya semalam (Ahad) 11 ekor dalam kandang (mati) bergelimpangan.
“Hari Jumaat (lalu) ada yang sudah mati dalam kandang tapi tak sebanyak macam semalam dengan hari ini,” katanya ketika ditemui pada Isnin.
Menurut Khamis juga, dia sendiri tidak pasti punca sebenar kematian binatang ternakannya sama ada diracun atau terkena jangkitan kuman,. Ini kerana mereka tidak pernah mengalami kejadian tersebut sebelum ini.
Sumber dan gambar: Astro Awani