Secret Recipe Perkenal Kek Strawberry Rose, Harga Serendah RM 11 Sepotong

Strawberi dan ros adalah satu rasa yang cukup indah dan menjadi kegemaran ramai, tanpa mengira peringkat usia.

 

Disebabkan itu, pelopor citarasa kek Malaysia, Secret Recipe, menggandingkan dua elemen ini dalam kek Strawberry Rose, hasil ciptaan yang mengikat kasih dengan strawberi manis dan juga kelopak ros menawan yang pasti menambat hati dan selera.

secret recipe perkenal kek strawberry rose, harga serendah rm 11 sepotong

Menu baharu yang diperkenalkan ini dibuat dengan teliti dan sepenuh hati dengan menyatukan perisa buah strawberi dengan sentuhan flora yang lembut, menggunakan strawberi segar dan kelopak ros sebenar, telur, krim, tepung, dedak gandum, gelatin, krim putar dan biji labu lalu menghasilkan keenakan nikmat rasa.

secret recipe perkenal kek strawberry rose, harga serendah rm 11 sepotong

Mulai hari ini, kek Strawberry Rose boleh didapati di semua cawangan prinsipal Secret Recipe, dijual pada harga RM98 untuk satu kek dan RM11 untuk sepotong. Kek ini boleh didapati di semua cawangan di Semenanjung Malaysia.

secret recipe perkenal kek strawberry rose, harga serendah rm 11 sepotong

Untuk maklumat lanjut tentang Secret Recipe atau kek Strawberry Rose, layari www.secretrecipe.com.my.