Ini Sebab Kenapa Kita Tidak Boleh Tarik Ekor Kucing!

Sesetengah kucing mungkin mempunyai ekor yang panjang dengan bulu yang gebu, membuatkan segelintir daripada kita berasa geram untuk memegang atau menariknya sesuka hati.

ini sebab kenapa kita tidak boleh tarik ekor kucing!

Baik golongan dewasa mahupun kanak-kanak, perbuatan menarik ekor kucing walaupun tanda bergurau sebenarnya adalah perbuatan yang amat dibenci oleh si meow.

 

Tahukah anda, ekor kucing merupakan anggota badan yang bersambung dengan tulang badan mereka dan ia sangatlah sensitif jika disentuh mahupun diusik.

ini sebab kenapa kita tidak boleh tarik ekor kucing!

ini sebab kenapa kita tidak boleh tarik ekor kucing!

Bahagian ekor lazimnya mempunyai saraf, urat, otot dan tulang kecil yang bersambung. Bahagian ini sangat rapuh dan lemah jika dibandingkan dengan bahagian anggota lain.

 

Perbuatan menarik ekor kucing boleh memberikan tekanan dan kesakitan pada mereka kerana keseluruhan tulang belakang mereka akan terasa seperti ditarik yang akhirnya boleh menyebabkan lumpuh.

ini sebab kenapa kita tidak boleh tarik ekor kucing!

Ia juga membuatkan si kucing bertindak balas secara agresif terhadap si pelaku, bertujuan melindungi ekor mereka daripada cedera. Disebabkan itu jugalah, si kucing akan mula hilang kepercayaan dan mula menjauhkan diri daripada anda jika anda berbuat sedemikian.

 

Tambah lagi, kucing yang mempunyai ekor panjang paling mudah terdedah kepada bahaya kecederaan yang tidak disengajakan seperti terkehel, patah atau luka yang tidak diketahui. Maka, tindakan memegang ekor kucing boleh membuatkan si bulus ini berasa sakit.

ini sebab kenapa kita tidak boleh tarik ekor kucing!

Meskipun ada sesetengah pihak memandang remeh akan tindakan menarik ekor kucing, percayalah kucing sangat tidak suka ekor mereka diusik, apatah lagi ditarik.

 

Sumber: [1]