Sebab Sebenar Kwang Soo Tinggalkan Running Man

Setelah 11 tahun bergelar sebahagian daripada rancangan variety popular Korea Selatan, Running Man, Lee Kwang Soo dilaporkan bakal meninggalkan rancangan tersebut.

sebab sebenar kwang soo tinggalkan running man

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan agensi Kwang Soo, King Kong by Starship, pelakon berusia 35 tahun itu akan menjalani penggambaran episod terakhirnya pada 24 Mei ini.

Agensi tersebut turut menjelaskan sebab mengapa Kwang Soo mengambil keputusan sukar tersebut untuk meninggalkan rancangan tersebut setelah 11 tahun penglibatannya.

Menurut mereka ia berkaitan dengan kemalangan yang melibatkan Kwang Soo pada tahun lalu hingga menyebabkan dia sukar untuk menjaga fizikalnya lagi-lagi ketika menjalani penggambaran Running Man.

Februari tahun lalu, Kwang Soo terlibat dalam satu kemalangan lalu lintas yang mengakibatkan dia patah di pergelangan kaki kanannya.

Sejak itu, dia dilaporkan menjalani sesi terapi fizikal secara berkala.

Kwang Soo merupakan salah seorang daripada tujuh anggota asal Running Man yang mula bersiaran pada 2010.

Sepanjang penglibatannya bersama rancangan tersebut, dia amat terkenal dengan kelakuannya yang lucu dan mencuit hati, serta sering ‘mengkhianati’ pasangannya untuk kepentingannya sendiri.

Terdahulu, dua orang daripada anggota asal Running Man iaitu Song Joong Ki dan Gary turut meninggalkan rancangan tersebut atas sebab-sebab tertentu.

 

Sumber: [1]